Podcast Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan
19 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2026, seorang peserta telah menyertai sesi Podcast Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai penglibatan wanita dalam industri e-sukan serta cabaran dan peluang yang terdapat dalam bidang tersebut. Program ini menampilkan tetamu jemputan, Puan Andriyana Mohd Ghazali atau lebih dikenali sebagai ChuChu, seorang E-Sports Emcee, shoutcaster, analyst dan KOL yang aktif dalam industri e-sukan tempatan dan antarabangsa. Podcast ini diadakan bagi membantu peserta memahami peranan wanita dalam pembangunan ekosistem e-sukan serta memberi inspirasi kepada generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang ini.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa perkara penting seperti pengalaman menjadi wanita dalam industri e-sukan, peranan seorang caster dan hos dalam kejohanan kompetitif, serta penglibatan ChuChu dalam pelbagai permainan terkenal seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. Peserta juga diberi penerangan mengenai perjalanan beliau membina nama dalam industri e-sukan serta bagaimana keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan penguasaan bidang menjadi faktor penting untuk terus berkembang dalam industri yang kompetitif.
Selain itu, peserta turut mempelajari cabaran dan persepsi masyarakat terhadap caster wanita serta bagaimana ChuChu menghadapi pelbagai halangan dalam bidang yang sering didominasi oleh lelaki. Sesi ini juga memberi pendedahan mengenai peranan wanita dalam pembangunan industri e-sukan dan bagaimana penglibatan wanita mampu memberi impak positif kepada perkembangan komuniti serta ekosistem e-sukan secara keseluruhan. Melalui podcast ini, peserta dapat menambah pengetahuan mengenai industri e-sukan serta memperoleh inspirasi dan motivasi untuk lebih yakin dalam mengejar minat dan peluang kerjaya dalam bidang tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: